Annivesary Friends of IRC [ FIRC ]

logo firc latest

Mengimbau kembali setahun yang lalu… daku rase seperti baru semalam ku lalui liku-liku perjuangan bagi bersama-sama rakan-rakan menubuhkan FIRC di UTP.. Walaupun idea ini proposed by UTP management, kami merangkak, menangis, jatuh, bangun dan jatuh lagi, bangun lagi dan sehinggalah ke hari ini, FIRC mampu mengukir nama sebaris dengan RCSU, MPP, SRM dan study bodies yang lain.

IMG_6523

Tiada apa yang nak dibanggakan, namun FIRC ini telah banyak mengajarku. Sudah pasti ilmu2 ini takkan ku perolehi di dalam kelas… namun hakikat ini perlu diterima, yang lama akan pergi, yang baru akan mengganti.. daku bangga melihatkan kehebatan adik2 yang masih lagi di foundation, namun sudah berani untuk berada dalam organisasi. Tahniah juga kepada ahli FIRC yang lama, anda buktikan kepada kami yang FIRC msih relevan pada anda.

Malam ini,  cukup bersejarah dlam hidup ini, tak pernah ku luahkan apa yang tersirat dalam hati ini, tak pernah daku memarahi ahli FIRC. Tapi bila sayang itu melebihi kepentingan menjaga imej yang macho atau imej kononya bagus x marah2… daku cube memecahkan kepompong selesa yang selalu menjadi ruang lingkup ahli2 FIRC. Daku tidak mahu ahli2 FIRC masuk FIRC sebagai ‘filler‘. Apa yang ada pada anda perlu disumbangkan kepada komuniti dan bukanya mengharapkan komuniti menyumbangkan kepada anda. Ingatlah sahabt, setiap apa yang kita masuk bukanlah untuk menambahkan koleksi sijil, hakikatnya setiap apa yang kita masuk adalah tanggungjawab dan pengorbanan yang kita galas di bahu kita.

01112009844

Hati ini berbicara, mampukah FIRC ini terus menjadi satu kebanggaan keluarga FIRC. Tapi mindaku terus mentafsir dengan menyatakan kenapa tidak? inilah generasi yang terbaik dipilih untuk menjadi ahli keluarga kita. Justeru, tidak ada yang mustahil. Diorang tak berpengalaman?? apa masalahnya jika diorang ade passion untuk blajar? Adalah menjadi tanggungjawab HICOM untuk menjawab persoalan-persoalan seperti knapa dia perlu memberikan tugasan ini kepada si A mahupun kepada si B. HIcom perlu faham bagaimana pemahaman konsep visi n misi yang ade pada hicom kepada FIRC adakah ianya sampai ataupun tidak kepada ahli2 di bawah.. Jika tidak.. maka mulakan ia sekarang sebelum terlmbt… JANGANLAH HANCURKAN LEGASI YANG KITA SAME2 BINA… Tanpa pemahaman dari anak2 buah di bawah.. jangan bermimpi untuk kite terus maju.. Tanpa mereka, siapalah kita. Ingatlah “Semakin tinggi kita berada, Semakin jelas kelemahan kita”

IMG_4553

Kepada adik2 yang baru menjadi ahli FIRC, ingtlah.. perjuangan menuntut kepada pengorbanan… Menjadi seorang mahasiswa bukannya bererti kita hanya perlu belajar apa yg diajar di kelas sahaja.. Tetapi belajar erti sebuah kehidupan, erti pengorbanan, erti kekeluargaan, erti kesusahan, erti perjuangan, erti “susah senang bersama”. Pengalaman bukanlah segalanya jika perangai dan sikap x ubah seperti mayat bernyawa. Tapi apa yang menjadi ukuran ialah sejauh mana kita mahu menyumbang kepada apa yang diamanahkan. Usah tanya apa yang Abu buat untuk komuniti kita, tapi tanyalah apa yang kita sumbangkan untuk komuniiti kita. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

IMG_0008

Kepada HICOM, dalam menjadi seorang pemimpin yang hebat, ia bukan menuntut kita sekadar pandai berpidato, berpuitis. Tapi perlu wujud dalam diri kita EMPATI. Empati ini sgt2 penting, kita perlu meletakkan diri kita di tempat anak2 buah kita, jika kita tidak suka untuk meeting sampai berjam jam, maka fikirkan juga bende yang sama jika kite berada di tempat anak buah kita. Kita perlu merangka ape yang kite ingin jalankan. Sediakan agenda yang lengkap setiap yang ingin dibincangkan, set target untuk setiap meeting apa yang ingin dicapai. Sebelum meeting pastikan keadan kondusif wujud dalam hubungan ahli meeting. Ceriakan dan wujudkan ukhwah yang harmoni dalam ahli2 ini.

Hakikat kehidupan, tiada yang sempurna. Hakikat perjuangan tidak akan ada yang sama semuanya. Di situlah pentingnya ohana atau family bagi melengkapkan kekurangan yang ada pada kita. Hargailah keluarga yang kita ada sebelum keluarga itu hancur dek kerana kealpaan dan kerakusan kita mengejar nikmat hiburan dan nikmat zon selesa. Jika kita katakan berpesatuan itu penting dalam meningkatkan soft skills, maka kotakanlah.. jangan sekadar beromong kosong x ubah seperti tin kosong, sekali diketuk, sekali berbunyi, tu pon x bertahan lama.

Benar!!! Jjanganlah terlampau fanatik dalam FIRC sampai mengabaikan pelajaran. Apa2 pon, pelajaran perlu diutamakan. Tapi pada masa yang sama, jika kita yg memilih untuk bersama dengan cabaran dan pengorbanan, maka kite perlu bijak merancang masa kita supaya yang dikejar dapat, yang dikendong x keciciran. Pastikan investment kita dalam FIRC ini berbaloi dan bukannya jadi “FILLER” je. Ada pon xpe.. xde lagi bagus….

IMG_6500

Janganlah asyik memikirkan pengorbanan kita, berapa jam kite habiskan untuk FIRC, tapi fikirkan brapa jamkah telah dihabiskan oleh org terdahulu untuk FIRC. Semua org ada tanggungjawab masing2. JIka kita katakan kita adalah family FIRC, maka hargailah dan semailah benih kasih sayang dan kesedaran betapa pentingnya FIRC ini pada diri sendiri.

agm firc

Akhir kata, berusahalah bagi mengimbangi kedua-dua tuntutan, iaitu berjaya dengan cemerlang dan menjaga keluarga FIRC ini supaya sentiasa menjadi kebanggaan kita. Tiada harta yang lebih beharga dari sebuah keluarga yang bahagia. Anda pilih kelurga atau sengsara??Terima kasih kepada semua dan maafkan daku sekiranya kata2ku kurang senang buatmu, yang baik dari-NYA dan yang kurang dari kelemahan diriku. Akhir kalam…  ||”Majulah FIRC untuk UTP” ||

Abi Aiman Bin Ayoub [AaBa]

-Mantan Presiden FIRC-

2.02am

komiti

Tags:

10 Comments

  1. yap says:

    tak caye aku belang adelah salah sorg penggerak firc..next step..election mpp plz belang..

  2. AaBa says:

    Belang mmg bagus… dia boleh wat kije.. cume kene bagi peluang kepada dia…. even ETP dia jadi leader… walaupon dalam group dia ade Farouqi MPP… Terbukti belang mmg berjaya menggilap bakatnya dalam FIRC.. :D

  3. penyokong belang says:

    yeah!! go go go belaaaangg!!!

    aku melihat kredibiliti beliau terserlah dengan sangat menyerlah sementelah aku berada di booth sebelah semasa EDX yang meriah.. wahahahaha.. :D

    *hint : booth belah kanan belang.. ngeh2

  4. khazaidi says:

    Really appreciate your entry. legasi abg adalah legasi terhebat dalam meletakkan firc di asas yang sangat kukuh

  5. penaberkala says:

    tq abi..semoga trus berkongsi ilmu dan pengalaman dgn kami

  6. zHee says:

    woh..bijok ah osmet. kemah keming! wakaka..

  7. maikel says:

    alahai abi jgn la up2 kn aku ngn etp
    lgpon etp tu teknikel je pon.
    teknikal ngn managment nie laen
    klo bab management mmg aku terabur
    FIRC mmg byk mengajar aku
    mekaseh FIRC

  8. limauais says:

    wiwitt..abi dok tepi rector tuh.pawer2.
    huhu..

    p/s:miss limau kim salam ^_^

  9. ayu says:

    mantap..tu la perkataan yg paling sesuai but FIRC..moge2 dgn adenye perintis yg bijaksana ni dpt mmbawa FIRC ke mercu kejayaan.. even kitorg jauh..(nk balik da pon.hehe) but kami sentiasa menyokong FIRC.. tahniah..n hepy annivesary FIRC!!~

    Buat rakan2 FIRC yg bakal menduduki exm next week. good luck!! teruskan perjuangan..hehe.. i’Allah berkat doa n usaha..kejayaan dpt diperolehi.. ameen~

  10. perseKUTUan bekas perajurit hardcore says:

    da moment with you guys is priceless. thank you for make my day at UTP as the best part of my life. believe me, the moment u shared together with ur fren here will be the best memory u ever had.

    as im leaving,promise me you guys will always keep in touch. blessed ur mom and dad with dua’. study smart. be tough.

    – jatuh- bangun-lari

Leave a Reply